Thursday, July 1, 2010

Setiap Kesusahan Pasti Ada Kemudahan :)


Andai kakimu tersadung dan terjatuh, jangan pernah mengalah kerana kelak kamu akan keluar darinya dengan daya tahan yang lebih dari sebelumnya.

Andai mereka yang rapat denganmu selama ini menghujamkan anak panah ke tubuhmu, jangan bersedih kerana pasti ada insan lain yang datang untuk mencabut anak panah tersebut, merawat lukamu dan mengembalikan senyumanmu :)

Jangan terlalu memikirkan kertas-kertas usang yang telah berubah warnanya serta kabur tulisannya kerana kamu akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang terbaik yang pernah ditulis dan kertas itu bukan kertas yang terakhir dicoretkan.


~ Mulakan harimu dengan senyuman :)


1 comments:

yariennisha. said...

Oh oh..
Like ayat yang berwarna biru itu..
:)